Sahabat. Perkataan yang tak asing bagi setiap homosapien di dunia fana ini. Namun pabila disoal, jawapan mereka kadang tak selari. Mengapa? Gampang. Kerana setiap orang punya definisi sendiri tentang apa itu 'Sahabat'.
Apa yang aku ingin coretkan disini bukanlah isi forum atau karangan SPM tapi sekadar indikator yang terbuku dalam benak fikiran. Bahkan sehingga denyut nadi aku kadang semput menyimpulkan isu ini.
'Salahkah hati aku begini?'
'Kenapa dengan hati kau?'
'Aku rasa aku dah jatuh cinta'. 'Setiap kali dia berduka, hati aku akan turut sakit, resah memikirkan keadaannya. Jujur, tak tenang selagi dia tak pulih tersenyum.' 'Betul dia dah besar, dah matang tapi kalau boleh semua masalah dia, aku nak tolong selesaikan. Taknak dia tanggung sorang-sorang.' 'Aku sayang dia'
'Siapa?'
'Kawan-kawan aku laa.'
'Bukan nak tunjuk pandai ke hape tapi kalau betul kau sayang, apa salahnya biar dia membesar? Dia pun nak jadi matang, dewasa. Memang proses tu memeritkan tapi hasilnya nanti insyaAllah ada buahnya. Malah manis lagi.'
'Tapi hati aku... tak boleh lepaskan mereka. Mungkin sebab aku rindu dengan memori dulu. Kenangan gelak tawa, marah tangis, sakit perih kehidupan alam remaja. Salahkah aku?.'
'Tak salah pun tapi aku rasa better yang sakit2 ni kau move on dan fokuskan pada yang sweet memories je. Every bad situation will have something positive. Even a dead clock shows correct time twice a day. Allah knows what is the best for you. Mungkin ini juga ujian untuk kau. Nak tengok kau sayang kawan-kawan kau kerana Allah ke semata-mata untuk seronok.'
'Ye betul jugak apa yang kau cakap. Allah nak uji persahabatan aku kot. Prophet Muhammad (pbuh) said; "If Allah wants to do good to somebody, He afflicts him with trials."- sahih Bukhari. Sama-sama kena uji, sama-sama berubah ke arah lebih baik. InsyaAllah. Amiin.'
'Jatuh cinta dengan kawan? They must be very special kan? Lelaki kau tak suka? Haha.'
'Because each one of them means a lot to me. Kadang kalau mereka marah aku, mudah sangat hati terasa, menangis pun ada. Tapi kena tunjuk sado, tak matching dengan imej nanti. Lelaki? Fitrahnya perempuan memang suka kat lelaki. Tak lari mana pun tapi buat masa ni ruang hati untuk Allah dan kekasihNya Rasulullah. Plus, keluarga dan kawan-kawan je. InsyaAllah.
Chill, muda lagi nak bersandiwara cinta bagai.'
'Ok. Nak tanya soalan cliche ni. Penting sangat ke kawan?'
'Ni jawapan cliche. Penting, terutama kawan yang sentiasa ada dalam waktu kau kesusahan. Bila masa kau nak berubah, dia dorong kau ke depan. Bila kau jatuh, dia tarik kau ke atas. Even bila kau tak perasan, dia sentiasa senyum tengok kau dari jauh. Dan keluarga kau dia anggap macam keluarga sendiri.'
'Well, we all have our own opinions. Ni baru pendapat kau sorang, tak masuk lagi karya kak mus'ab nanti. Haha. So kira aku ni penting lah bagi kau dan pastinya kau dah jatuh cinta kat aku kan. Huhuhu'
'Dah namanya kawan, gaduh-gaduh pun nanti tergelak jugak tengok lawak hambar. Hahaha'
Maka mereka pun berhuhuhu sampai subuh. Salam alayk sobats.