Will Always Make You Smile ...

Wednesday, December 9, 2015

Berselisih Hati

Dekat tapi tak pernah menggapai.
Nampak tapi tak pernah mengenali.
Dengar tapi tak pernah memahami.
Tahu tapi pura-pura tak tahu.

Berselisih tapi tak pernah bersapa. 

Bertentangan tapi tak pernah melihat.
Kadang teringat tapi selalu melupakan.

Usahlah gundah mempersoal; kenapa, bila, bagaimana dan siapa.

Kerana waktu ini masih belum tepat untuk menghulur dan dihulur ikatan. 
Takut goyah bersama hati yang lemah.

Maka.

Berdoalah agar hati utuh dengan cinta Ilahi. 
Janji-Nya pasti, yang terbaik buatmu sayang.

Jodoh pasti bertemu.

Noktah.


Tok Ma 

Thursday, September 3, 2015

Lintasan nan senja

Tujulah akhirat tapi jangan lupa dunia."
Itulah ungkapan terakhir beliau sebelum beliau beredar menghilang dari pandangan aku. Jam dinding diperhatikan, tepat 6 petang dan aku masih belum mengerjakan solat asar. Lantas aku bergegas membentangkan sejadah kecil berwarna coklat. "Allahuakbar."
Seusai sembahyang, aku berfikir sejenak. Merenung, mengingat kembali perbualan aku dengan beliau.

Khamis, 5.30 petang.

"Ma? Em..er... Aku nak tanye satu perkara boleh? Nak tanye pendapat lah.."
"Ape? Cakaplah."
"Kalau kau kan.. Em.. Katakan, ade dua orang kawan, yang first bile dengan dia, kau malu dengan diri kau. Means, malu atas dasar ilmu dia. Agama dia lebih daripada kau dan setiap kali dengan dia, kau rase malu dengan diri sendiri. Tapi yang satu lagi, second, kau boleh jadi diri kau. You can be open dengan ape pun dengan dia. So, kalau kau lah... Yang mana pilihan kau?"
"Em.. Kalau aku? If me, then... i would choose the first buddy lah."
"Awat? Kalau dengan dia, kau tak boleh open jadi diri sendiri."
"Tadi cakap tanya pendapat aku. Ni duk bash pulak. Sabar biar aku berhujah kenapa. Haha"
"Eheh. Sorry gelojoh."
"Bilamana kau malu dengan ilmu dia, kau akan rasa nak berjaya sama macam dia. Kau akan ke depan. Berusaha agar kau tak malu dengan dia lagi. Tak salah nak jadi diri sendiri tapi takkan sampai bila-bila. Kita makin tua kan? Means, kita kena maju. How? Change! Bukan tup abrakabra terus dapat. Step by step and never give up. Berpegang pada tali Allah."
"Dah tu takkan nak tinggal je kawan satu lagi?"
"No. Tak cakap pun suruh tinggal. Kawan dua-dua tapi pada masa yang sama bergerak. Hayya a'lal falah. Lagi bagus ajak sekali kawan tu bergerak. Kalau betul kawan, dia takkan halang kawan nak berubah. Malah dorong lagi adalah. Good things take time bro. Trust Him."
"Bercakap soal malu ni. Salah ke kite nak berubah sebab malu pada manusia? Bukan pada Allah pada dasarnya. Fahamlah dunia sekarang, semua judgemental. Asal tudung labuh, bertutup litup, berserban kopiah, semua expect ilmu agama dia banyak. Dia lah model agama so by hook or by crook, dia kena perfect. Expectation masyarakat pulak tinggi. Bukan apa, just...afraid. Takut niat tak tetap nanti."
"Allah. Mana ada manusia perfect. Biasalah ada pasang surut, ada kelemahan, ada kelebihan. Malu pada manusia dulu baru Allah? Tak salah. Kerana bila malu pada manusia, kau akan terfikir cara macam mana supaya tak nak malu dengan manusia-manusia ni. Contoh, kau tengok kawan sorang ni, dia mengaji tajwid betul, makhraj tepat, alunan pun penuh syahdu. Tup, kau rasa malu sebab tak dapat buat macam dia. Ya ta ta'ta' lagi. Automatiknya kau akan berusaha nak sama level jugak. Belajar tajwid. Mengaji hari-hari. Bila dah sama level, agak-agak kau nak berhenti macam tu je ke? Kebiasaannya tak. Kenapa? Sebab malu kau pada manusia dah campur malu pada Allah. Kite kalau dah biasa buat benda baik, nak reverse buat maksiat balik susah. Sebab Allah dah bagi cahaya hidayah tu."
"So, its okay lah malu kat manusia dulu?"
"Normal lah tu. Hablu minallah. Hablu minannas. Sentiasa berkait. First malu pada manusia then malu pada Allah. Why? Bukti iman bertambah. Malu kan separuh dari iman. Adanya malu, adanya iman. Sebab tu kena sentiasa berdoa. Minta agar hati tidak berbolak-balik. Bukan senang nak dapat syurga Allah."
"Tapi kalau doa je tak usaha tak boleh jugak. Takkan tibe-tibe berserah je."
"Allah. Doa kan senjata. Kita doa, usaha, doa, usaha. Tawakkal pada Allah. Insyaallah mudah dunia, mudah akhirat. Usaha tanpa doa lagi parah dia punya kecewa. At least, bila kau berdoa, bila kau berpegang pada Allah, kalau kau gagal pun, kau dapat rasa nikmat syukur dan belajar erti redha. Serious talk. Pengalaman beb."
"Hm.. Atas diri la pulak kan nak pilih jalan mana. Kalau Allah dah tunjuk jalan banyak kali tapi sendiri buat nampak tak nampak. Tu masalah iman la tu. Hati malap sebab banyak debu agaknya. Astaghfirullahala'zim. Zalimnya aku selama ni. Kadang aku persoalkan kenapa setiap kali aku nak berubah, ade je halangan. Aku asyik mengeluh pasal batu-batuan sampai tak nampak madu kat seberang sungai."
"Kau tahu kan, orang bijak pandai pernah cakap, 'dunia-dunia juga, akhirat jangan lupa'.. Hahaha. Kelakar pulak bila aku dengar ayat ni."
"Kenapa?"
"Allah bagitau, siapa yang kejar akhirat nescaya dunia dalam genggamannya. Ya, Zuhud lah jawapannya. Tujulah akhirat tapi jangan lupa dunia. Aku nak kau fikir balik. Nanti cerita kat aku."

Khamis, 6.30 petang. Aku terfikir kembali.

Wednesday, August 26, 2015

Jatuh cinta lagi.

Sahabat. Perkataan yang tak asing bagi setiap homosapien di dunia fana ini. Namun pabila disoal, jawapan mereka kadang tak selari. Mengapa? Gampang. Kerana setiap orang punya definisi sendiri tentang apa itu 'Sahabat'.

Apa yang aku ingin coretkan disini bukanlah isi forum atau karangan SPM tapi sekadar indikator yang terbuku dalam benak fikiran. Bahkan sehingga denyut nadi aku kadang semput menyimpulkan isu ini.

'Salahkah hati aku begini?'

'Kenapa dengan hati kau?'

'Aku rasa aku dah jatuh cinta'. 'Setiap kali dia berduka, hati aku akan turut sakit, resah memikirkan keadaannya. Jujur, tak tenang selagi dia tak pulih tersenyum.' 'Betul dia dah besar, dah matang tapi kalau boleh semua masalah dia, aku nak tolong selesaikan. Taknak dia tanggung sorang-sorang.' 'Aku sayang dia'

'Siapa?'

'Kawan-kawan aku laa.'

'Bukan nak tunjuk pandai ke hape tapi kalau betul kau sayang, apa salahnya biar dia membesar? Dia pun nak jadi matang, dewasa. Memang proses tu memeritkan tapi hasilnya nanti insyaAllah ada buahnya. Malah manis lagi.'

'Tapi hati aku... tak boleh lepaskan mereka. Mungkin sebab aku rindu dengan memori dulu. Kenangan gelak tawa, marah tangis,  sakit perih kehidupan alam remaja. Salahkah aku?.'

'Tak salah pun tapi aku rasa better yang sakit2 ni kau move on dan fokuskan pada yang sweet memories je. Every bad situation will have something positive. Even a dead clock shows correct time twice a day. Allah knows what is the best for you. Mungkin ini juga ujian untuk kau. Nak tengok kau sayang kawan-kawan kau kerana Allah ke semata-mata untuk seronok.'

'Ye betul jugak apa yang kau cakap. Allah nak uji persahabatan aku kot. Prophet Muhammad (pbuh) said; "If Allah wants to do good to somebody, He afflicts him with trials."- sahih Bukhari. Sama-sama kena uji, sama-sama berubah ke arah lebih baik. InsyaAllah. Amiin.'

'Jatuh cinta dengan kawan? They must be very special kan? Lelaki kau tak suka? Haha.'

'Because each one of them means a lot to me. Kadang kalau mereka marah aku, mudah sangat hati terasa, menangis pun ada. Tapi kena tunjuk sado, tak matching dengan imej nanti. Lelaki? Fitrahnya perempuan memang suka kat lelaki. Tak lari mana pun tapi buat masa ni ruang hati untuk Allah dan kekasihNya Rasulullah. Plus, keluarga dan kawan-kawan je. InsyaAllah.
Chill, muda lagi nak bersandiwara cinta bagai.'

'Ok. Nak tanya soalan cliche ni. Penting sangat ke kawan?'

'Ni jawapan cliche. Penting, terutama kawan yang sentiasa ada dalam waktu kau kesusahan. Bila masa kau nak berubah, dia dorong kau ke depan. Bila kau jatuh, dia tarik kau ke atas. Even bila kau tak perasan, dia sentiasa senyum tengok kau dari jauh. Dan keluarga kau dia anggap macam keluarga sendiri.'

'Well, we all have our own opinions. Ni baru pendapat kau sorang, tak masuk lagi karya kak mus'ab nanti. Haha. So kira aku ni penting lah bagi kau dan pastinya kau dah jatuh cinta kat aku kan. Huhuhu'

'Dah namanya kawan, gaduh-gaduh pun nanti tergelak jugak tengok lawak hambar. Hahaha'

Maka mereka pun berhuhuhu sampai subuh. Salam alayk sobats.

Sunday, April 8, 2012

A Story About a Brave Boy, Azraai

    
       The day was neither too warm nor too cold. It was the perfect day for a picnic. Azraai and his family were very excited as they have been waiting for that day since last month. As they reached the beach, his mother Puan Zaipah, quickly laid out the picnic mat on the soft sand under a big  shady tree. 

      Azraai and his brother Ariff, decided to go swimming as the crystal clear blue water looked very inviting. The water was very refreshing. Feeling tired, Azraai rested himself by the seaside. He enjoyed the breathtaking moment by watching the beach's view. 

       Then, Azraai and his family had their mouth-watering home-made meal. While enjoying their meals by the edge of the sea, they could see the gentle waves rolled endlessly towards the white sparkling beaches. They were mesmerized by the view in front of them.

       Suddenly, Azraai heard someone shouting for help,"help! help!". He looked around to find where it was from. As he was turning at the beach, something caught his eyes. He could see someone struggling in the middle of the sea. Without hesitation, he jumped into the sea. When he reached there, he saw it was a girl. He quickly saved the girl as he saw that the girl was going unconscious.

         Luckily, Azraai managed to save that girl. The girl was about his age and what made him so suprised was, the girl is his classmate. The girl's parents who watched the incident, immediately helped him to pull their daughter towards the shore. Azraai's father also helped them by calling an ambulance.

           After 15 minutes waiting, the ambulance came and took the girl. Fotunately, the girl regained her consciousness and was okay after a few minutes. The girl's parents were very thankful to Azraai for his bravery action to save their daughter from drowning. They even cried tears of joy. The girl's father then caught hold of Azraai's hand and thanked him profusely for saving his child's life. It was a memorable experience for Azraai.

         

          

Friday, April 6, 2012

A Cup Of Coffee


Nescafe Regular 3 in 1

Emm.. bestnyer dpt layan nescafe panas time hujan tadi.. mmg uuummmpphhhh betul !! Alhamdulillah kita masih boleh menikmati kehidupan pada hari ini.. setiap detik adalah begitu bermakna bagi seseorang yg sentiasa ingat kpd mati dan syg kpd Allah dan Rasul krn baginya masa amat penting untuk dia beribadat kpd Allah yg Maha Esa.... oleh itu,penuhilah masa kita dgn sesuatu yg brfaedah.. andai dpt dihitung setiap detik dlm hidup ini, terfikirlah kita kenapa dan mengapa tdk terisi masa kita dgn selawat kpd nabi dan munajat kpd Allah terutama ketika kita mempunyai masa terluang... ingatlah bahawa esok belum pasti utk kita wahai sahabat sekalian.. 

a cup of coffee made me think about time and life.. :)

Assalamualaikum..

Pembuka Bicara Blog Daku

ASSALAMUALAIKUM ..


Salam berkenalan kpd anda2 yg sudi brkunjung ke blog yg tdk seberapa ini.. Terima kasih byk2 sye ucapkan.. Dikesempatan ini sye jg ingin memohon maaf jika ada yg anda tdk brkenan dgn blog ini.. Sye pun bkn pndai cgt pasal blog2 ni.. Almaklumlah first time buat.. Amatur lagi sye ni..... Emmmm,, tu je laa yg sye nk ckp utk pndahuluan blog ni.. Malas la nk buat karangan..... Malu shaye nanti dpt mrkah rendah.. heee :)